resepi nasi ayam simple tp sedap
bahan A:
1 ekor ayam (dibelah 4)
sos tiram
kicap manis
kicap masin
sedikit garam
bahan B:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2mm halia
rempah sup ayam bunjut
daun sup / bawang
stok ayam / kaki / leher ayam
garam / gula
bahan C:
3 cawan beras
air (mengikut kadar keperluan beras)
2 ulas bawang putih
2 mm halia
2 helai daun pandan
1/2 sudu besar marjerin
sedikit kunyit serbuk
bawang goreng
bahan D:
5 biji cili padi (kalau suka pedas tambah le lg)
1 biji tomato
1 biji asam limau nipis
gula
garam secukup rasa
caranya:
ayam:perap semua bahan A selama 1/2 jam kemudian kukus selama 45 minit.
setelah masak, panggang 10 minit
simpan bahan yg diperap untuk dibuat kicap
sup:
tumis rempah sup + bawang merah n putih + halia
garing- masukkan air + stok ayam + garam + gula
mendidih - masukkan daun sup n bawang
nasi:
bersihkan beras ,masukkan air n semua bahan C
sambal / air lada:
blend kesemua bahan
kicap:
didihkan semua sos n kicap (bahan perap ayam) dengan 1 tangkai serai yg telah diketuk
siap utk dihidang kpd famili
hias lah dengan buah timun, tomato n daun salad mengikut kreativiti masing2..
selamat mencuba..